Wednesday, January 13, 2010

Program Orientasi Pelajar Tkn Satu SMK pendang

Tentatif Program

Ahad (10.01.10)
1.20-2.30 Perhimpunan Rasmi
2.30-3.20 dari Unit Bimbingan dan Kaunseling / Taklimat Program
3.20-3.45 rehat
3.45-4.45 Dari Unit Disiplin SMK Pendang
4.45-5.00 Sembahyang asar berjemaah
5.00-6.30 Mari belajar lagu Sekolah

Isnin (11.01.10)
1.20-2.00 Bersama PK Hem
2.00-3.00 Taklimat PSS/ Nilam, Kebajikan
3.00-3.20 Koperasiku sayang
3.20-3.45 rehat
3.45-4.45 Aku dan buku Teks
4.45-5.00 Sembahyang asar berjemaah
5.00-6.30 Mari belajar lagu sekolah

Selasa (12.01.10)
1.20-2.20 Apa itu biasiswa
2.20-3.20 Kokurikulum dan keselamatan ketika PJ
3.20-3.45 rehat
3.45-5.15 Aku dan Alam Sekolah Menengah
5.15-5.30 Sembahyang asar berjemaaah
5.30-6.30 Mari belajar lagu sekolah



Rabu (13.01.10)
P&P

Khamis (14.01.10)
P&P untuk pelajar
4.00-6.00 ...... Ceramah Keibubapaan Sempena Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Tkn 1

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kesempatan ini, kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pendang ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan batin.....semoga anda semua akan beroleh kejayaan pada masa hadapan....

Monday, August 3, 2009

Aktiviti Kelab Bimbingan dan Kaunseling






pada 25 Julai 09 Kelab B&K dan kelab SPBT telah mengnjurkan aktiviti sukaneka. pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari tersebut. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membina kejelekitan diantara ahli. selain itu AJK kelab dapat belajar bagaimana untuk mengendalikan program... Tahniah kepada semua AJK yg terlibat... 95 % tugas telah dijayakan oleh ajk kelab. sudah tentu anda belajar sst.... tahniah kepada yg berjaya......

Sunday, August 2, 2009

PROGRAM SANDAR 2009

bertarikh 28,29, dan 30 Julai 09 baru-baru ini seramai 30 pelajar dari smkp telah mengikuti satu program iaitu program SANDAR 2009. 15 pelajar lelaki dan 15 perempuan dari setiap kelas RK telah diberi kesempatan untuk menimba pengalaman tinggal dan belajar di sekolah berasrama penuh. mereka berada di situ selama 3 hari dan mengikuti pelbagai program yg telah diaturkan di sana. diharapkan selepas pulang dari sekolah sains sultan muhammad jiwa sg petani ini, semua mereka akan menjadi lebih berkualiti seperti pelajar di sana juga. yang baik ambil sebagai pengalaman dan yg buruk jadikan sebagai sempadan.

Friday, July 17, 2009

berkawanlah dengan penjual minyak wangi



KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.

Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.

Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit.

Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?

Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)

Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta.

Ayat lain menceritakan, kawan yang bertakwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri.

Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri.

"Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)

Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.

"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)

Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.

Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.

Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.

Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya.

Tuesday, July 7, 2009

ABJAD MOTIVASI - Dedikasi Untuk Pelajar SMKP




A = Asah Bakat Dan Potensi Anda
B = Bayangkan Cita-Cita Besar
C = Ciptalah Kehidupan Yang Baik
D = Doronglah Diri Anda Ke Puncak Jaya
E = Ehsan Sesama Manusia
F = Fikir Masa Depan Anda
G = Gambarkan Kemenangan
H = Hiburkan Diri Anda Dan Orang Lain
I = Impikan Apa Yang Boleh Anda Jadi
J = Jimat Cermat Dalam Segala Hal
K = Kesihatan Diri, Akal Dan Jiwa Harus Diutamakan
L = Lawan Nafsu Jahat Anda
M = Maafkan Kesalahan Orang Lain
N = Nekad Menanggani Masalah
O = Orang Lain Sumber Pengalaman Anda
P = Percaya Pada Ketentuan Illahi
Q = Qiamullail Mendekatkan Diri Kepada Allah
R = Restu Ibu Bapa Membawa Barakah
S = Sentiasa Mempunyai Semangat Ingin Mencuba
T = Tolonglah Orang Yang Memerlukan
U = Usaha Bersungguh-Sungguh
V = Visi Dan Misi Perlu Jelas
W = Waktu Sangat Berharga
X = X-Ray Dan Muhasabah Diri Selalu
Y = Yakin Kemampuan Dan Kebolehan Diri
Z = Zaman Muda Hanya Sekali, Jangan Sia-sia

(Dipetik dari mindailmuwan)..tqvm..

Tuesday, June 30, 2009

FUNNEZ - Fun and Easy Learning....(Smart Learning)
















Pada 1 dan 2 July 2009 satu program kecemerlangan akademik untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 telah diaturkan oleh pihak sekolah.
TEKNIK FUNNEZ – Fun & Easy Learning akan didedahkan kepada pelajar......
Diharapan semua pelajar terlibat akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program ini, yg dijangka akan membantu pelajar beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan PMR tahun mendatang....

Selamat berjaya.....