kami
Monday, March 22, 2010
SEKADAR RENUNGAN
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa sibuk mengumpul kekayaan.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yang KEDEKUT ?
Orang yang kedekut ialah orang yang mempunyai ilmu tetapi dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.
Wednesday, March 10, 2010
Permohonan Ke IPTA
Jika anda menghadapi masalah pemilihan kursus, sila rujuk kaunselor anda...
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi Jun/Julai perlu dibuat secara dalam talian melalui UPU. Semasa membuat permohonan di bahagian Pilihan Program Mengikut Keutamaan hanya kod kursus dan nama kursus sahaja yang dinyatakan, nama universiti tiada.
Sebenarnya huruf pertama di kod kursus itu adalah kod universiti. Bagi memudahkan rujukan berikut adalah kod universiti tersebut;
Kod Universiti
A UPSI
B UTHM
C UTEM
D UDM
E UiTM
G UMT
H UMS
J UMP
K UKM
L UMK
M UM
P UPM
Q USIM
R UNIMAP
S USM
T UTM
U UUM
W UNIMAS
Y UIAM
Z UPNM
Maklumat yang lebih terperinci termasuk latar belakang IPTA, senarai program yang ditawarkan, syarat khas setiap program dan kod kursus mengikut program pengajian lepasan SPM, STPM dan Diploma Pendidkan boleh didapati di laman web e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA
sumber e-putra.com & web KPT

Subscribe to:
Posts (Atom)