Tuesday, June 30, 2009

FUNNEZ - Fun and Easy Learning....(Smart Learning)
















Pada 1 dan 2 July 2009 satu program kecemerlangan akademik untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 telah diaturkan oleh pihak sekolah.
TEKNIK FUNNEZ – Fun & Easy Learning akan didedahkan kepada pelajar......
Diharapan semua pelajar terlibat akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program ini, yg dijangka akan membantu pelajar beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan PMR tahun mendatang....

Selamat berjaya.....

Sunday, June 21, 2009

what you think bout Take Time.


Take time to think, for it is the source of power
Take time to play, for it is the cistern of perpetual youth
Take time to read, for it is the foundation of wisdom
Take time to pray, for it is the greatest power on earth
Take time to love and be loved, for iman is nothing but love and hate
Take time to be friendly, for it is the road to happiness
Take time to laugh, for it is the best lubricant
Take time to give, for life is too short to be selfish
Take time to work, for it is the price of success
BUT
Never take time to waste, Rasulullah s.a.w said:-
"HE WHOSE 2 DAYS ARE EQUAL, IS SURE LOSER"

Friday, June 19, 2009

Status ke IPTA lepasan STPM, Matrikulasi diketahui hari ini

Status ke IPTA lepasan STPM, Matrikulasi diketahui hari ini

PUTRAJAYA 19 Jun - Status keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi atau setaraf sesi akademik 2009/2010 boleh disemak hari ini.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, pelajar boleh membuat semakan itu menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my, talian hotline 03-88835858 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Masa Lapang Anda

“Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana”.

Usaha menentukan segalanya. Berpendidikan atau tidak, hanya orang yang rajin berusaha saja mampu menggapai kejayaan dalam kerjaya, kewangan dan perniagaan.

Orang-orang yang berjaya mampu mencapai kehebatan kerana berusaha dua kali ganda daripada orang yang biasa, sanggup melakukan apa yang tak sanggup di lakukan oleh orang biasa.

Orang biasa pula, menggunakan masa lapangnya hanya untuk bersantai, berehat dan bermalas-malas.

Sedangkan dalam masa yang sama, orang-orang yang berjaya (yang semestinya luar biasa!) bertungkus-lumus berusaha serta memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin, sekualiti yang mungkin.

Bagi mereka, biar susah dulu sekarang, senang kemudian. Biar sibuk sekarang, senang-lenang kemudian.

Cuba tanya diri Anda dengan soalan ini ..

“Apa yang boleh aku lakukan di masa lapangku?”
“Adakah yang aku buat ini baik untuk diriku?”
“Masa depan cemana yang aku mahu sebenarnya?”
“Apa lagi yang belum selesai aku lakukan?”
Soalan-soalan ini, bila ditanya pada diri sendiri membuat Anda fokus, supaya Anda boleh mengisi masa lapang Anda dengan bijak.

Corakkan kecemerlangan hari ini, untuk kejayaan di hari esok!